FAKTA DARI AL-QURAN DAN HADIS MENGENAI HIKMAH SOLAT
FAKTA DARI HADIS
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
- Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”
Sabda Nabi Muhammad SAW :
- ” Siapa yang tinggalkan solat Subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solatZohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak”.
- " Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."
- Daripada Jundab bin Abdillah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang subuh nescaya dia berada di dalam lindungan Allah, oleh itu janganlah sampai Allah menuntut daripada kamu sesuatu daripada tanggungannya (zimmah) nescaya Dia (Allah) dapatkannya kemudian Dia (Allah) menyembamkan mukanya ke dalam api neraka”.
- Umat Islam di suruh menunaikan sembahyang fardhu dalam waktunya terutama bagi sembahyang subuh.
- Allah akan memberi perlindungan kepada hambanya yang menunaikan sembahyang subuh pada waktunya
- Sesiapa yang menyakiti orang yang taat kepada Allah maka akan di humbankan ke dalam api neraka. Seperti firmannya (dalam hadis qudsi) yang bermaksud : “Sesiapa yang menyakiti kekasihku akan aku iklankan perang terhadapnya.”
- Disebutkan sembahyang subuh secara khusus sedangkan empat waktu yang lain iaitu zuhur, asar, maghrib dan isyak juga di tuntut dengan tuntutan fardhu yang sama. Ini kerana sembahyang subuh adalah yang paling berat waktu di tunaikan. Oleh itu apabila seseorang itu sanggup bangun menunaikan sembahyang subuh lebih-lebih lagi dalam berjemaah, sepatutnya sembahyang-sembahyang lain dia lebih berkesungguhan.
- Hadis ini juga menunjukkan kelebihan sembahyang subuh berbanding waktu-waktu yang lain(walaupun kesemuanya mempunyai kelebihan). Ini kerana sembahyang subuh disaksikan bersama oleh malaikat siang dan malaikat malam yang menguasainya manusia (seperti yang tersebut dalam hadis yang lain).
sabda Rasulullah s.a.w bemaksud
- "Lima sembahyang yang diwajibkan Allah atas hambaNya maka barangsiapa yang menegakkan sembahyang itu dan tidak mensia-siakannya kerana mengaggap ringan dengan kewajipan sembahyang itu, maka ia telah memiliki janji dengan Allah, bahawa Allah akan memasukkannya kedalam syurga. Dan barangsiapa yang tiadalah ia mempunyai janji dengan Allah, jika Ia kehendaki Ia siksa dan jika Ia kehendaki akan dimasukkanNya kedalam syurga".( Hadis riwayat Dara Quthny, Muslim, Ibnu Hibban )
FAKTA DARI AL-QURAN
- SOLAT MENJADI BENTENG ROHANI & MENTAL KETIKA MENGHADAPI SAAT GENTING (KESUSAHAN) SERTA MAMPU MEMBANTU MELEPASKAN MANUSIA DARI SEBARANG MUSIBAH
وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى وَأَخِيهِ أَنْ تَبَوَّآَ لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Firman Allah: Dan (setelah Bani Israil ketakutan kerana ancaman bunuh dari Fir’awn), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)"(Yunus [10:87]).
- 12) SOLAT SUNAT MEMBANTU MENGHAPUSKAN DOSA (HUD[11:114]).
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Firman Allah: Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Hud [11:114]).
ULASAN: Ayat ini diturunkan berikutan kesilapan seorang sahabat nabi yang mencium seorang wanita kerana tidak dapat menahan nafsunya (Tafsir al-Munir). Allah menyatakan solat yang didirikannya mampu menghapuskan dosa kecil yang tidak disengajakan. Ayat ini juga menjadi dalil berkaitan solat Taubat.
- “Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji. ” (Al-Ankabut : 45)
- “Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta (sembahyang yang paling baik) dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan khusyuk. ” (Al-Baqarah : 238)
- Dan dirikanlah oleh kamu akan solat/sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.(Al-Baqarah 2:110)
No comments:
Post a Comment