Thursday 3 March 2016

KESIMPULAN

KESIMPULAN

HIKMAH IBADAT

Sesungguhnya ibadat mempunyai rahsia yang tersendiri yang kesannya boleh dirasai jika seseorang itu melakukannya dengan penuh keikhlasan untuk mencari keredaan Allah s.w.t. semata-mata. Antara rahsianya ialah seperti berikut:

1. Menjadi pengurus masa yang baik
Setiap ibadat, baik yang wajib atau sunat melatih individu Muslim menjadi pengurus masa yang berkesan lagi cekap. Contohnya solat, puasa, zakat dan haji perlu diselesaikan tepat pada waktu serta mengikut aturan dan ukuran tertentu. Dalam melaksanakan ibadat, kejayaan bukannya kerana mampu melakukan semua aspek ibadat tetapi menentukan keutamaan iaitu yang penting (wajib) diutamakan sementara yang sunat digalakkan. Ibadat yang terbaik walaupun sedikit tetapi harus dilakukan secara berterusan.

2. Membentuk keperibadian yang mulia
Ibadat berfungsi membina peribadi yang mulia dengan menyemai nilainilai positif dalam diri seseorang Muslim. Nilai-nilai mulia seperti disiplin diri, amanah, berani, tepati janji, bersangka baik, bekerjasama, bertoleransi, kebersihan dan sebagainya dapat diterapkan dalam kehidupan individu dan masyarakat melalui amalan ibadat solat, puasa, haji, membaca al-Qur’an dan banyak lagi ibadat lain.

3. Menjamin kualiti hidup
Ibadat perlu dilaksanakan dengan penuh perhatian dan tumpuan kerana ibadat yang dilakukan secara sambil lewa tidak diiktiraf sebagai ibadat kecuali penat dan letih sahaja. Maka ibadat dalam Islam menekankan kualiti ihsan iaitu setiap amalan ibadat perlu dilakukan dengan kesedaran diri bahawa Allah s.w.t. Maha Melihat. Sifat ikhlas akan menjadikan seseorang itu bekerja dengan penuh teliti dan rajin kerana ganjaran sebenarnya adalah daripada Allah s.w.t.

4. Menjamin kebahagiaan jasmani dan rohani
Segala ibadat yang dipraktikkan oleh seseorang Muslim akan mendapat ganjaran kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Contoh yang terbaik adalah ibadat wajib seperti solat yang boleh membina kekuatan jasmani dan rohani. Solat fardhu lima waktu dalam sehari semalam banyak membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan serta memtenteramkan
jiwa.

NAMA AHLI KUMPULAN

Kumpulan 3
Nama ahli:
1) MUHAMMAD PAKHRUDDIN BIN AB RAHMAN (16DET15F1090)
2) MOHD AMIR HAIKAL BIN MOHD NOOR 
(16DET15F1087)
3) MOHAMMAD AZRUL AZWAN BIN MOHAMMAD ZAIMI
(16DET15F1086)
4) MUHAMAD FIKRI BIN ABDUL GHANI
(16DET15F1117)
5) MOHAMMAD FIKRI BIN SAHRUDIN
(16DET15F1066)
6) MUHAMMAD IEZWAN BIN NORDIN
(16DET15F1116)

RUJUKAN PENUH

RUJUKAN YANG DIPEROLEHI





http://detikislam.blogspot.my/2012/01/subhanallahhikmah-disebalik-gerakan_18.html#


http://prodtas.blogspot.my/2013/04/cara-solat-fardhu-yang-betul.html



https://www.facebook.com/notes/solat-itu-wajib-the-miracle-of-solahshalatsembahyang-%D8%B5%D9%84%D8%A7%D8%A9/antara-rahsia-dan-kelebihan-solat-di-awal-waktu/297018693717157/



http://miramawary.blogspot.my/2011/06/perintah-dan-kelebihan-orang-yang.html



http://abahyasir.com/2009/07/30/5-sebab-mengapa-kita-perlu-kepada-solat/

Sunday 28 February 2016

FAKTA DARI AL-QURAN DAN HADIS



FAKTA DARI AL-QURAN DAN HADIS MENGENAI HIKMAH SOLAT

FAKTA DARI HADIS

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

  • Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”



Sabda Nabi Muhammad SAW :
  • ” Siapa yang tinggalkan solat Subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solatZohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak”.

          Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
  • " Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."

  • Daripada Jundab bin Abdillah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang subuh nescaya dia berada di dalam lindungan Allah, oleh itu janganlah sampai Allah menuntut daripada kamu sesuatu daripada tanggungannya (zimmah) nescaya Dia (Allah) dapatkannya kemudian Dia (Allah) menyembamkan mukanya ke dalam api neraka”.

  1. Umat Islam di suruh menunaikan sembahyang fardhu dalam waktunya terutama bagi sembahyang subuh.
  2. Allah akan memberi perlindungan kepada hambanya yang menunaikan sembahyang subuh pada waktunya
  3. Sesiapa yang menyakiti orang yang taat kepada Allah maka akan di humbankan ke dalam api neraka. Seperti firmannya (dalam hadis qudsi) yang bermaksud : “Sesiapa yang menyakiti kekasihku akan aku iklankan perang terhadapnya.”
  4. Disebutkan sembahyang subuh secara khusus sedangkan empat waktu yang lain iaitu zuhur, asar, maghrib dan isyak juga di tuntut dengan tuntutan fardhu yang sama. Ini kerana sembahyang subuh adalah yang paling berat waktu di tunaikan. Oleh itu apabila seseorang itu sanggup bangun menunaikan sembahyang subuh lebih-lebih lagi dalam berjemaah, sepatutnya sembahyang-sembahyang lain dia lebih berkesungguhan.
  5. Hadis ini juga menunjukkan kelebihan sembahyang subuh berbanding waktu-waktu yang lain(walaupun kesemuanya mempunyai kelebihan). Ini kerana sembahyang subuh disaksikan bersama oleh malaikat siang dan malaikat malam yang menguasainya manusia (seperti yang tersebut dalam hadis yang lain).

      sabda Rasulullah s.a.w bemaksud
  • "Lima sembahyang yang diwajibkan Allah atas hambaNya maka barangsiapa yang menegakkan sembahyang itu  dan tidak mensia-siakannya kerana mengaggap ringan dengan kewajipan sembahyang itu, maka ia telah memiliki janji dengan Allah, bahawa Allah akan memasukkannya kedalam syurga. Dan barangsiapa yang tiadalah ia mempunyai janji dengan Allah, jika Ia kehendaki Ia siksa dan jika Ia kehendaki akan dimasukkanNya kedalam syurga".( Hadis riwayat Dara Quthny, Muslim, Ibnu Hibban )

FAKTA DARI AL-QURAN


      
  • SOLAT MENJADI BENTENG ROHANI & MENTAL KETIKA MENGHADAPI SAAT GENTING (KESUSAHAN) SERTA MAMPU MEMBANTU MELEPASKAN MANUSIA DARI SEBARANG MUSIBAH


       
              وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى وَأَخِيهِ أَنْ تَبَوَّآَ لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
            Firman Allah: Dan (setelah Bani Israil ketakutan kerana ancaman bunuh dari Fir’awn), Kami                           wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan           rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat           sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada              orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)"(Yunus [10:87]).
  • 12) SOLAT SUNAT MEMBANTU MENGHAPUSKAN DOSA (HUD[11:114]).

    وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ


    Firman Allah: Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Hud [11:114]).

    ULASAN: Ayat ini diturunkan berikutan kesilapan seorang sahabat nabi yang mencium seorang wanita kerana tidak dapat menahan nafsunya (Tafsir al-Munir). Allah menyatakan solat yang didirikannya mampu menghapuskan dosa kecil yang tidak disengajakan. Ayat ini juga menjadi dalil berkaitan solat Taubat. 

  • “Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji. ” (Al-Ankabut : 45)
  • “Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta (sembahyang yang paling baik) dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan khusyuk. ” (Al-Baqarah : 238)
  • Dan dirikanlah oleh kamu akan solat/sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
    (Al-Baqarah 2:110) 









VIDEO MENGENAI KELEBIHAN SOLAT DALAM ISLAM

HIKMAH SOLAT DALAM SAINS










KELEBIHAN SOLAM MENGIKUT ISLAM






KELEBIHAN SOLAT


KELEBIHAN SOLAT


Ibadah Solat adalah satu ibadah yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah SAW secara lansung atau terus tanpa perantaraan Jibril a.s. sepertimana yang telah kita ketahui di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.Ini memberi petunjuk yang begitu jelas bahawa ibadah solat  adalah ibadah yang amat penting sehingga Allah Taala mengangkat Rasulullah SAW sendiri kelangit untuk mengambil kefardhuan solat seumpama seorang ketua memanggil pekerjanya ke dalam bilik untuk memberikan tugasan yang amat penting.

Oleh yang demikian kita telahpun memahami dan meyakini bahawa pengaruh atau kesan positif solat kepada kehidupan umat Islam terlalu besar terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan dalam menuju keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

 Kepentingan dan hikmah solat kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:

1)Solat Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Sungguh aku ini Allah,tidak ada tuhan selain aku Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala.Tidak ada jalan lain untuk kita hamba yang beriman ini untuk berhubung dengan Allah melainkan dengan hanya menunaikan solat.Justeru,orang Islam yang tidak menunaikan solat sebenarnya adalah orang yang tidak mengakui Allah itu tuhan yang patut disembah.Malah mereka ini adalah golongan yang telah menipu terhadap pengakuan di dalam syahadah dan  ikrar mereka.Orang Islam yang mengingati Allah,maka Allah akan sentiasa mengingati mereka seperti firman Allah Taala yang bermaksud:

"Maka ingatlah kepadaKu ,Aku pun akan ingat kepadamu."(Ayat 152:Surah al-Baqarah)

2)Tanda pengabdian dan syukur kepada Allah Azzawajalla.
Solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:
Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu(Muhammad saw) nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.(sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah)”. (S. Al-Kautsar: 1-2).

Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana cara dia mengucapkan syukur kepada Allah Taala.Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima kasih Allah tanpa solat.Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.

3)Hikmah Solat Dalam Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).

Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil.Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dan bebas dari melakukan dosa.Mata kita mungkin telah terlihat perkara mungkar,lidah kita mungkin berkata sesuatu yang  tidak berhak diperkatakan,begitu juga kepada anggota-angota yang lain yang melakukan kemungkaran.Maka melalui solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah ,kita dapat meminta keampunan dan memadamkan dosa-dosa lalu.Sesuungguhnya orang yang tidak mengerjakan solat adalah golongan yang tidak bimbang dan takut dengan azab dan api neraka Allah.

4) SOLAT MENCEGAH PERKARA KEJI, MUNGKAR DAN GEJALA SOSIAL

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Firman Allah: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut [29:45]).

ULASAN: Solat yang didirikan dengan penuh penghayatan akan membendung seseorang Muslim dari melakukan perkara keji kerana intisari solat (kepatuhan kepada segala arahan Allah) dihayati dan dilaksanakan. Perlakuan dosa dan maksiat seseorang manusia menjadi kayu ukur penerimaan solatnya. Orang yang bersolat tetapi masih melanggar arahan Allah sebenarnya tidak benar-benar memahami dan menmghayati falsafah solat. Oleh kerana itu, perbuatan solat disebut dalam al-Quran dengan arahan DIRIKANLAH kerana ia perlu didirikan dengan asas ilmu yang teguh dan penghayatan. 

5) ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT SENANG TERJEBAK DENGAN MAKSIAT SERTA MENGIKUT HAWA NAFSU

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Firman Allah: Kemudian mereka (para rasul) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka) (Maryam [19:59]).

Sesungguhnya amat banyak hikmah solat dalam kehidupan kita seharian.Selain hikmah yang disebutkan di atas solat juga mampu untuk mendidik umat Islam menjadi pengurus yang baik,mampu membentuk disiplin dan mencintai ilmu.Hikmah di atas belum lagi menyentuh berkenaan hikmah solat dari sudut sains dan kesihatan.

  1. Solat Subuh         – Wajah yang cantik.
  2. Solat Zuhur         – Rezeki yang banyak.
  3. Solat Asar            – Kesihatan yang baik.
  4. Solat Maghrib    – Anak anak yang cerdik dan berjaya.
  5. Solat Isyak          – Tidur yang nyenyak tanpa gangguan.
http://www.hiburan.my/kelebihan-solat-5-waktu/

KAJIAN SAINTIFIK MENGENAI KEBAIKAN SOLAT


KAJIAN saintifik menunjukkan ibadah solat tarawih yang dibuat sekurang-kurangnya lapan rakaat dan tiga rakaat witir boleh mengurangkan berat badan sehingga 10 kilogram bagi sesetengah individu.

Penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, mendapati solat tarawih dan puasa dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekali gus merendahkan lemak dan paras glukos dalam darah.

Kajian yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS), UM, Profesor Ir. Fatimah Ibrahim menunjukkan solat sunat tambahan dan diet seimbang boleh dijadikan kaedah untuk individu menguruskan badan serta mengawal komposisi badan.

Penyelidikan juga mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia.

"Bagaimanapun segalanya hanya boleh dicapai dengan menunaikan solat secara sempurna dan tertib," katanya semasa ditemui di Klinik Solat, Makmal Kejuruteraan Klinikal UM, Kuala Lumpur.

Beliau menambah solat lima waktu amat bagus dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.

Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas umat Islam bermula sejak Rasulullah SAW diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.

Umat Islam perlu mencapai solat yang sempurna bagi mendapatkan faedah bukan saja di akhirat tetapi juga di dunia.

"Faedah di akhirat dari segi pahala manakala dunia pula dari sudut kesihatan yang baik," katanya.

KajianJusteru beliau menjalankan kajian bagaimana mencapai solat sempurna seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Menurutnya, kajian menunjukkan solat yang dilakukan dengan pergerakan dan postur Rasulullah SAW dibuktikan secara saintifik amat baik untuk kesihatan.

Tetapi pergerakan yang tidak betul atau tidak sempurna akan memberikan kesan terhadap kesihatan.

Kajian yang dilakukan bermula 2005 melalui kaji selidik dan uji kaji mendapati mereka yang mengikuti lima tabiat lazim Rasulullah iaitu tetap bersolat, faham bacaan, solat jemaah atau sendirian, rukuk 90 darjah dan kedudukan kaki yang betul semasa sujud dan duduk tahiyat mempunyai kesihatan yang baik.

Prof. Fatimah berkata, untuk mendapat hasil tepat, subjek kajian menjalani ujian kesihatan menyeluruh sebelum dan selepas menunaikan solat sunat dua rakaat.

"Hasil kajian itu menunjukkan subjek yang menepati lima perkara tadi bukan saja lebih sihat bahkan lebih tenang selepas menunaikan solat," katanya.

1)Menyentuh mengenai solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadan, Prof. Fatimah berkata, sebelum ini kajian yang dijalankan mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu mengimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.

2)"Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh.

"Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh," katanya.

Dari sudut fizikal, pergerakan solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

3)Otot-ototIa melibatkan pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik yang akan meningkatkan fungsi dan kekuatan otot.

4)Kajian menunjukkan, solat lima kali sehari semalam juga dapat mengurangkan lemak dalam badan.

5)Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.

6)Justeru ia dapat mengelakkan penyakit jantung, stres, kolesterol dan kegemukan.

Sehingga kini Prof. Fatimah telah menghasilkan empat buah buku berkaitan solat iaitu Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains (Edisi Melayu), Salat: Benefits from Science Perspective (Edisi Inggeris), Pencegahan Sakit Jantung dari Perspektif Holistik, Sakit Pinggang Kaedah Rawatan melalui Prinsip Pemulihan serta Postur dan Pergerakan Solat, Senaman Regangan dan Pergerakan Solat.

Semua buku berkenaan dihasilkan dengan kerjasama pakar perubatan berkaitan bidang masing-masing.

Prof. Fatimah bakal menghasilkan tiga buah buku lagi iaitu Kesan Postur dan Pergerakan Solat Kesihatan Badan, Solat sebagai Terapi Minda dan Mati Pucuk Kaedah Rawatan Melalui Prinsip pemulihan serta postur dan pergerakan 
solat.


KELEBIHAN DALAM PERGERAKAN SOLAT 

SUJUD
Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Manfaat: Aliran getah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya dengan oksigen boleh mengalir maksimum ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Kerana itu, lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan. 


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.
TAKBIRATUL IHRAM
Postur: berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah. Manfaat: Gerakan ini melancarkan aliran darah, getah bening (limfa) dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Ketika mengangkat kedua-dua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua-dua tangan didekapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. keadaan ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khususnya pada tubuh bahagian atas.

RUKUK
Postur: Rukuk yang sempurna bertanda tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Manfaat: Postur ini menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan kencing untuk mengelakkan gangguan prostat.

IKTIDAL
Postur: Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga. Manfaat: I'tidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ organ pencernaan di dalam perut mengalami urutan dan pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.

DUDUK
Postur: Duduk ada dua iaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki. Manfaat: kita bertumpu pada pangkal paha yang disambungkan dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya seperti tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan aliran pundi kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, postur ini mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga. kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

SALAM
Gerakan: Memainkan kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimum. Manfaat: kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah. Beribadah secara, berterusan bukan saja menyuburkan iman, tetapi mempercantik diri wanita luar dalam.